Biografi Ben Kingsley

Awal hidup

Krishna Pandit Bhanji lahir pada 31 Disember 1943 di Snainton, North Riding of Yorkshire.[1][2][3][4] Beliau berdarah kacukan Inggeris dan Gujarati:[5] ibunya Anna Lyna Mary (née Goodman; 1914–2010)[6][7] seorang pelakon dan model manakala ayahnya Rahmitulla Harji Bhanji (1914–1968)[6][7] kelahiran Kenya dan anak seorang pedagang rempah dari India yang mempunyai perniagaan maju di Kesultanan Zanzibar - keluarga Rahmitulla berpindah ke United Kingdom pada usia 14 tahun.[8][9][10]

Kerjaya teater

Semasa beliau menjalani pengajiannya, beliau terlibat dalam drama amatur di Manchester. Beliau memulakan kerjaya teaternya pada usia 23 tahun. Beliau terlibat dalam West End pada tahun 1967. Beliau kemudiannya menyertai Royal Shakespeare Company berikutan suatu ujibakat bersama Trevor Nunn. Beliau muncul di medan Broadwaypada tahun 1971 bersama RSC.

Penceburan dalam bidang perfileman

Beliau mula muncul dalam filem melalui lakonannya memainkan watak tokoh kemerdekaan India, Mohandas Karamchand Gandhi dalam filem biopik Gandhi tahun 1982; filem tersebut sangat laris malah meraih beliau Anugerah Akademi untuk Pelakon Lelaki Terbaik.[11]

Rujukan

WikiPedia: Ben Kingsley http://deadline.com/2014/06/ben-kingsley-to-voice-... http://www.filmreference.com/film/65/Ben-Kingsley.... http://www.imdb.com/name/nm0001426/ http://www.littleindia.com/news/125/ARTICLE/1399/2... http://www.metroactive.com/papers/metro/03.02.05/k... http://screenrant.com/boxtrolls-movie-interview-be... http://www.winnipegsun.com/2014/09/17/sir-ben-king... //doi.org/10.1093%2Fww%2F9780199540884.013.23178 //www.worldcat.org/issn/0190-8286 http://www.bbc.co.uk/ahistoryoftheworld/objects/ca...